Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian terhadap pembelajaran perisian grafik berkomputer di kalangan pelajar universiti dan kaitannya dengan kecerdasan pelbagai

Tasir, Zaidatun and Soh, Bee Gek (2011) Kajian terhadap pembelajaran perisian grafik berkomputer di kalangan pelajar universiti dan kaitannya dengan kecerdasan pelbagai. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
110kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola kecerdasan pelbagai, perbezaan antara jenis kecenderungan kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar berbeza kursus pengajian, tahap kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer, hubungan antara tahap kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer dengan kecerdasan pelbagai dan jenis kecerdasan pelbagai bagi pelajar yang menguasai lebih kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Sampel kajian ini terdiri daripada 130 orang pelajar yang mengambil kursus Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik/ Sains/ Kemahiran Hidup) di bawah Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Pengumpulan data adalah melalui satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu set senarai semak Kecerdasan Pelbagai MICA (Multiple Intelligences Checklist for Adult) McGrath dan Noble (1995) dan soal selidik tahap kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer Adobe Photoshop yang menggunakan Likert 4 mata. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti pelajar memiliki kecerdasan existential. Tidak wujud perbezaan yang signifikan antara jenis kecenderungan kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar yang berbeza kursus pengajian pada ? = 0.05. Min tahap kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer di kalangan pelajar ialah 2.74 iaitu sederhana tinggi. Wujud hubungan yang signifikan tetapi sederhana dan lemah antara tahap kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer dengan kelapanlapan kecerdasan pelbagai kecuali kecerdasan muzik. Pelajar yang memiliki kecerdasan existential adalah lebih mahir dalam pembelajaran perisian Grafik Berkomputer dengan min 2.92 berbanding dengan kecerdasan lain. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan Kecerdasan Pelbagai memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran di kalangan pelajar pendidikan tinggi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perisian grafik berkomputer, kecerdasan pelbagai
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11886
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Jan 2011 07:42
Last Modified:08 Oct 2017 03:25

Repository Staff Only: item control page