Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik dan Multimedia di kalangan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Junaidi, Juhazren and Sugumaran, Sutha (2011) Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik dan Multimedia di kalangan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
70kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian matematik dan multimedia. Kajian ini juga ingin mengenalpasti gaya pembelajaran yang manakah diberi tumpuan atau keutamaan oleh pelajar. Seramai 72 orang pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (matematik) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang telah diubahsuai daripada Learning Styles Questionaires Honey and Mumford (1992) digunakan untuk kajian ini. Penyelidik telah menjalankan kajian rintis ke atas 10 orang pelajar bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Nilai kebolehpercayaan yang telah diperolehi adalah 0.829. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 14.0 for Windows. Ujian korelasi Spearman Rho digunakan untuk menganalisis data dalam kajian hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Kajian ini telah mendapati bahawa gaya pembelajaran dominan yang menjadi amalan para pelajar adalah Reflektor dan gaya pembelajaran sampingan adalah Pragmatis. Ini diikuti oleh gaya pembelajaran Teoris dan akhirnya gaya pembelajaran Aktivis. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran Aktivis dengan pencapaian matematik manakala gaya pembelajaran Pragmatis, Teoris dan Reflektor tidak menunjukkan hubungan yang signifikan. Kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran Reflektor dengan pencapaian multimedia manakala gaya pembelajaran Pragmatis, Teoris dan Aktivis tidak menunjukkan hubungan yang signifikan. Beberapa cadangan dikemukakan agar dapat memenuhi keperluan gaya pembelajaran semua pelajar dan meningkatkan keupayaan pelajar dalam matematik dan multimedia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:gaya pembelajaran, pencapaian matematik, multimedia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11885
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Jan 2011 07:34
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page