Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar tahun 4 perdana Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia.

Royo, Abdillah and Muda, Suriani (2011) Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar tahun 4 perdana Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
126kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran komunikasi dikalangan pelajar tahun 4 perdana Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor keluarga, rakan sebaya, pembelajaran dalam kelas, budaya dan media massa. Seramai 103 orang pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Kejuruteraan Jentera, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Awam) terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah menggunakan borang kaji set soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Ia mengandungi 25 item yang dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences versi 11.5. Kajian rintis telah dijalankan di kalangan 10 orang pelajar tahun empat di Fakulti Pendidikan dan darjah kebolehpercayaan bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ? = 0.91. Analisis data dilakukan untuk mendapatkan nilai frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan faktor keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran komunikasi responden, diikuti faktor pembelajaran dalam kelas, budaya, rakan sebaya dan akhir sekali pengaruh media massa.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor, penguasaan kemahiran komunikasi
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11882
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Jan 2011 07:08
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page