Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kefahaman kemahiran mengukur serta menggunakan nombor dan membina hipotesis dalam kalangan pelajar pendidikan fizik

Noordin, Shaharom and Muhammad Raflee, Siti Sarah (2011) Tahap kefahaman kemahiran mengukur serta menggunakan nombor dan membina hipotesis dalam kalangan pelajar pendidikan fizik. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
117kB

Abstract

Kemahiran Saintifik amat diberi penekanan dalam Kurikulum Sains terutamanya bagi mata pelajaran Fizik di Negara kita. Dalam konteks kajian yang dijalankan, penyelidik menguji tahap kefahaman kemahiran mengukur serta menggunakan nombor dan kemahiran membina hipotesis. Seramai 36 orang pelajar Tahun Tiga Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia iaitu 12 lelaki dan 24 perempuan akan terlibat dalam kajian ini. Terdapat dua pembolehubah bebas iaitu jantina dan program pengajian. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mengukur Serta Menggunakan Nombor Dan Kemahiran Membina Hipotesis yang mengandungi 40 item berbentuk objektif aneka pilihan dengan masing-masing 20 item bagi setiap kemahiran. Kebolehpercayaan alat kajian ini adalah ? = .91. Statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, market maksimum dan minimum digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian mendapati, secara keseluruhannya tahap kefahaman kemahiran mengukur serta menggunakan nombor dan kemahiran membina hipotesis ialah baik. Terdapat perbezaan tahap kefahaman merentas jantina di mana pelajar lelaki pada tahap baik dan pelajar perempuan berada pada tahap cemerlang. Terdapat perbezaan tahap kefahaman merentas program pengajian di mana pelajar 3 SPF (Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)) adalah cemerlang dan pelajar 3 SPP (Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)) pula berada pada tahap baik. Ini menunjukkan bahawa pelajar masih belum menguasai sepenuhnya Kemahiran Saintifik yang diamalkan sepanjang proses pembelajaran mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran mengukur, nombor, membina hipotesis
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11879
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Jan 2011 05:43
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page