Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan Kemahiran Generik Dalam Kalangan Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Abdul Latif , Adibah and Aman, Siti Khairun Nisa (2011) Pelaksanaan Kemahiran Generik Dalam Kalangan Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
83kB

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti pelaksanaan kemahiran generik dalam kalangan pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Satu kajian berbentuk tinjauan berdasarkan kaedah deskriptif telah dilakukan untuk melihat kaedah dalam melaksanakan kemahiran generik serta kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan kemahiran generik. Kajian ini juga dilakukan dengan melihat perbezaan kaedah pelaksanaan kemahiran generik antara jantina. Populasi kajian ini adalah seramai 73 orang pensyarah bagi lima jabatan yang berlainan. Pemilihan sampel secara rawak mudah dan seramai 52 orang pensyarah telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk melihat kaedah pelaksanaan kemahiran generik dalam kalangan pensyarah serta kekangan yang dihadapi oleh pensyarah dalam melaksanakan kemahiran generik. Bagi melihat perbezaan antara jantina terhadap kaedah pelaksanaan kemahiran generik, analisis telah dilakukan dengan menggunakan t-test. Dapatan kajian menunjukkan kaedah pelaksanaan kemahiran generik yang mempunyai nilai min tertinggi iaitu dalam kemahiran bekerja secara kumpulan. Dalam kemahiran bekerja secara kumpulan, kaedah pelaksanaan paling banyak digunakan ialah kaedah perbincangan dalam ahli kumpulan. Analisis ujian-t juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kaedah pelaksanaan kemahiran generik merentas jantina sekaligus menyokong hipotesis kajian ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran generik, pensyarah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11876
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Jan 2011 05:39
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page