Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah: Satu Tinjauan Di Kalangan Pelajar Tahun 4, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai.

Sulaiman, Seth and Cheong, Peck Chuan (2011) Persepsi Pelajar Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah: Satu Tinjauan Di Kalangan Pelajar Tahun 4, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
47kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana persepsi pelajar fakulti pendidikan terhadap pendidikan seks di sekolah mengikut faktor-faktor seperti jantina, bangsa, umur, kursus dan agama. Sampel yang terlibat di dalam kajian ini merupakan 130 orang pelajar tahun empat fakulti pendidikan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang menggunakan skala likert. Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A adalah mengenai maklumat peribadi subjek kajian dan Bahagian B merupakan item-item yang menguji persepsi subjek tentang pendidikan seks di sekolah. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan “Statistical Package For The Social Science Version 15.0” (SPSS 15.0). Data diuji dengan kaedah statistik deskriptif untuk menerangkan kekerapan, peratusan, dan min. Kaedah inferensi yang digunakan ialah ujian-t dan ANOVA sehala. Hasil dapatan yang diperoleh melalui ujian t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap pendidikan seks di sekolah. Manakala hasil kajian ANOVA Sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar yang berlainan agama terhadap pendidikan seks di sekolah. Pada keseluruhannya, tahap persepsi responden terhadap pendidikan seks di sekolah adalah pada tahap sederhana.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Katakunci: persepsi pelajar, pendidikan seks
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11861
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Jan 2011 09:01
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page