Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Guru-Guru Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar Di Empat Buah Sekolah Rendah Di Daerah Hulu Terengganu

Hushin, Hassan and Salleh, Ab. Majid (2011) Persepsi Guru-Guru Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar Di Empat Buah Sekolah Rendah Di Daerah Hulu Terengganu. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
41kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengidentifikasikan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan ciri-ciri demografi seperti jantina, umur, kategori perkhidmatan, pengalaman mengajar dan jawatan disandang. Responden kajian ini terdiri daripada 113 orang guru terlatih di empat buah sekolah rendah di daerah Hulu Terengganu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang telah diubahsuai daripada LBDQ (Leadership Behavior Description Questionnaire) untuk mengidentifikasikan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar. Perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences) versi 11.5 digunakan untuk menganalisis semua data yang dikumpul. Analisis statistik deskriptif, kekerapan, peratus dan min digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan guru besar yang paling dominan ialah gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan, diikuti dengan gaya kepimpinan partisipatif, gaya kepimpinan menyokong dan gaya kepimpinan mengarah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara daripada persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan faktor demografi. Akhir sekali beberapa cadangan disarankan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, para guru besar dan para penyelidik ke arah memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Katakunci: persepsi guru, gaya kepimpinan guru besar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11860
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Jan 2011 08:58
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page