Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Pelajar. Satu Kajian Di Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka.

Arsat, Mahyuddin and Besar, Azizah (2011) Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Pelajar. Satu Kajian Di Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka. Unspecified . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
58Kb

Abstract

Pelajar merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Maka, adalah penting bagi negara untuk melahirkan generasi yang bebas daripada penyalahgunaan dadah. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji faktorfaktor yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Kaedah deskriptif telah digunakan untuk mengenalpasti empat pembolehubah iaitu sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap dadah. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang telah diedarkan kepada pelatih Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science Version 12.00 For Windows bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai Alfa Cronbach daripada kajian rintis yang dijalankan ialah 0.87. Dapatan kajian menunjukkan faktor sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap dadah berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar seperti ibu bapa memberi perhatian kepada anak-anak, guru memantau tingkah laku pelajar dan pelbagai pihak menganjurkan program-program yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Katakunci: penyalahgunaan dadah, pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11859
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Jan 2011 08:53
Last Modified:20 Jan 2011 08:53

Repository Staff Only: item control page