Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Pusat Akses Sekolah Dalam Kalangan Guru Di Pusat Kegiatan Guru Zon Tasek Utara, Johor Bahru

Sidin, Zaitun and Mohd Lani, Hamiyah (2011) Penggunaan Pusat Akses Sekolah Dalam Kalangan Guru Di Pusat Kegiatan Guru Zon Tasek Utara, Johor Bahru. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
54kB

Abstract

Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Ia berfungsi ala kafe siber. Kajian ini adalah untuk melihat faktor – faktor yang mendorong penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru, aktivitiaktiviti yang dijalankan di pusat akses sekolah dan juga mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh guru untuk menggunakan pusat akses sekolah. Faktor demografi yang diambilkira dalam kajian ini ialah umur dan pengalaman mengajar. Responden kajian terdiri daripada 83 orang guru di tujuh buah sekolah rendah yang mempunyai pusat akses di Pusat Kegiatan Guru Zon Tasek Utara, Johor Bahru . Kajian ini menggunakan instrument soal selidik. Nilai min keseluruhan yang diperolehi pada 3.59 menunjukkan penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru berada pada tahap sederhana. Hasil kajian menunjukkan lokasi pusat akses sekolah dan galakan pentadbir merupakan faktor pendorong utama penggunaan pusat akses sekolah. Dapatan juga mendapati aktiviti yang tinggi dilakukan oleh guru ialah mengakses internet untuk mencari bahan bantu pengajaran dan pembelajaran. Golongan guru yang berumur 25 hingga 30 tahun merupakan golongan yang paling ramai dan aktif dalam menggunakan pusat akses sekolah. Serangan virus merupakan halangan utama namun begitu ia berada pada tahap yang rendah dan bukan menjadi penghalang kepada penggunaan dan aktiviti yang dilakukan. Kajian ini juga mencadangkan agar pihak sekolah dapat memastikan penggunaan pusat akses sekolah dapat dimanfaatkan ke tahap maksima dengan mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran secara efektif.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Katakunci: pusat akses sekolah, guru
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11858
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Jan 2011 08:49
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page