Abd. Rahman, Mohd. Anuar and Kamari, Ahmad (2011) Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Guru Penyelaras ICT Di Sekolah-Sekolah Rendah Zon Paloh, Kluang. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
81kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahun ICT, kemahiran ICT dan sikap dalam mengurus ICT (PKS ICT) di kalangan Guru Penyelaras ICT di sekolah-sekolah rendah di Zon Paloh. Di samping itu, kajian ini juga adalah untuk melihat hubungan antara elemen-elemen dalam domain PKS ICT yang dikaji. Data bagi kajian ini diperolehi melalui instrumen soal selidik berdasarkan senarai tugas Guru Penyelaras ICT dengan menggunakan skala Likert lima mata. Seramai 80 orang responden dari kalangan Guru Besar, Penolong Kanan dan guru penolong terlibat menjadi responden untuk menilai tahap PKS ICT Guru Penyelaras ICT di sekolah masing-masing. Data kuantitatif yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 10.01 melibatkan statistik deskriptif iaitu frekuansi, peratusan dan skor min manakala korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk menentukan tahap hubungan antara elemen-elemen dalam domain PKS ICT. Dapatan kajian menunjukkan bahawa PKS ICT di kalangan Guru Penyelaras ICT di sekolahsekolah rendah dalam zon Paloh, Kluang adalah pada tahap tinggi. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang kuat dan positif di antara elemen Pengetahuan ICT dan elemen Sikap Dalam Mengurus ICT dan di antara elemen Kemahiran ICT dan elemen Sikap Dalam Mengurus ICT. Berdasarkan dapatan di atas, beberapa cadangan telah dikemukakan pada akhir laporan kajian ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Katakunci: pengetahuan, kemahiran, sikap, guru penyelaras ICT |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11857 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 20 Jan 2011 08:44 |
Last Modified: | 08 Feb 2017 04:14 |
Repository Staff Only: item control page