Kailani, Ismail and Shapiai, Abdul Hadi (2011) Penerapan Unsur Sejarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains KBSM Bagi Topik Optik. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
69kB |
Abstract
Salah satu daripada objektif kurikulum sains KBSM ialah menghargai kepentingan dan keindahan sains. Untuk mencapai matlamat tersebut, unsur sejarah perlu diperkenalkan kepada pelajar-pelajar. Kajian ini dibuat untuk mendedahkan unsur sejarah dalam pembelajaran sains. Perbincangan ditumpukan kepada topik optik iaitu Cahaya, Warna dan Penglihatan dalam sains KBSM disamping sejarah penemuan dan perkembangan penggunaannya yang digunakan dalam topik ini. Perbincangan lebih ditumpukan kepada kepelbagaian kaedah penemuan kamera lubang pin dalam optik yang telah digunakan oleh Ibnu al-Haitham, Leonardo da Vinci, Giovanni Battista della Porta, Jan Vermeer dan Louis Dagueree. Ada di antara penemuan yang dibincangkan boleh digunakan sebagai alternatif kepada kaedah yang digunakan kini namun terdapat juga penemuan yang tidak sesuai dan lebih berfungsi untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang perkembangan pemikiran tokoh-tokoh sains terdahulu.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Katakunci: unsur Sejarah, pengajaran dan pembelajaran, Sains, KBSM, Optik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11856 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 20 Jan 2011 08:40 |
Last Modified: | 08 Feb 2017 04:14 |
Repository Staff Only: item control page