Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Keelektromagnetan, Fizik Tingkatan Lima Berasaskan Pendekatan Konseptual Melalui Visual

Md Salleh, Shaharudddin and Hell Mee, Halimatun Saadiah (2011) Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Keelektromagnetan, Fizik Tingkatan Lima Berasaskan Pendekatan Konseptual Melalui Visual. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
231kB

Abstract

Bahan pembelajaran yang bermutu merujuk kepada bahan yang dibina berdasarkan sukatan mata pelajaran bagi mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Lima. Dan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) amat diperlukan bagi mengatasi masalah ketidaksesuaian bahan P&P. Kajian yang dilakukan merangkumi pembinaan dan penilaian terhadap sebuah Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Keelektromagnetan bagi mata pelajaran Fizik KBSM tingkatan Lima. Model yang digunakan untuk MPK ini adalah Model Meyer. MPK Keelektromagnetan ini meliputi lima topik besar iaitu “Kesan magnet yang disebabkan oleh konduktor membawa arus”, “Daya magnet ke atas dawai membawa arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2006. MPK ini digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi guru fizik dan pelajar aliran Sains tingkatan 5. Pendekatan secara konseptual dan visual diterapkan dalam pembangunan ini. Alat pengarangan yang digunakan dalam perisian ini ialah Adobe PageMaker 7.0 dan Microsoft Word. Melalui MPK ini, diharapkan guru dan pelajar dapat meningkatkan penghayatan, penguasaan dan prestasi pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Fizik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Katakunci: modul pembelajaran kendiri (PBK), keelektromagnetan, fizik, pendekatan konseptual
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11853
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Jan 2011 08:13
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page