Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Perisian Adobe Photoshop CS3 Berasaskan Teori Kognitif

Md Salleh, Shaharuddin and Abu Rairah, Fatimah (2011) Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Perisian Adobe Photoshop CS3 Berasaskan Teori Kognitif. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
82kB

Abstract

Pembelajaran bermodul (PB) seperti Model Pembelajaran Kendiri (MPK) merupakan satu kaedah pengajaran yang bersesuaian dan berkesan untuk memastikan para pelajar menguasai pembelajaran dengan lebih baik. Justeru itu, pembangun telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri(MPK) bagi perisian Adobe Photoshop CS3 sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini. Modul ini menggunakan pendekatan Pengajaran Secara Individu dimana pengajaran cara ini diasaskan kepada pengakuan bahawa setiap murid adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain. Objektif MPK ini dibangunkan adalah sebagai bahan rujukan tambahan selain daripada pelajar boleh mempelajari perisian Adobe Photoshop pada bila-bila masa mengikut kemampuan sendiri. Penggunaan Teori Kognitif juga dapat memberikan kesan pembelajaran yang baik dimana modul ini menekankan visualisasi serta simbolsimbol dalam proses pembelajarannya. MPK ini boleh digunakan kepada pelajar, guru serta pihak-pihak lain yang berminat untuk mempelajari Adobe Photoshop. Oleh itu, pembinaan modul pembelajaran ini diharap dapat meningkatkan kemahiran dalam memanipulasikan grafik statik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Katakunci: modul pembelajaran kendiri (MPK), Adobe Photoshop CS3, teori kognitif
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11852
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Jan 2011 08:06
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page