Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan Penggunaan Bola Getah Dan Bola Pertandingan Terhadap Prestasi Menyangga Bola Tampar Di Kalangan Atlet Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor

Zainuddin, Zainal Abidin and Yusoff, Habiballah (2011) Kesan Penggunaan Bola Getah Dan Bola Pertandingan Terhadap Prestasi Menyangga Bola Tampar Di Kalangan Atlet Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
218kB

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk menyelidik kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar dikalangan atlet UTM. Subjek terdiri daripada 12 orang (umur 19-25 ± 1.68) dan dipilih secara rawak. Ujian dijalankan dengan melakukan tiga jenis aktiviti iaitu ujian ketepatan, ujian kelajuan dan ujian tahap kesakitan. Alat Newtest Powertimer Testing System digunakan untuk menguji tahap kelajuan bola dan Russel- Lange Volleyball Test digunakan untuk menguji tahap ketepatan bola. Manakala tahap kesakitan pula diuji dengan menggunakan kad skor Visual Analog Scale (VAS). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science version 10 (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar dikalangan atlet dan hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p < 0.05 diterima. Secara kesimpulannya, tidak terdapat perbezaan yang ketara terhadap prestasi lakuan menyangga menggunakan bola getah dan bola pertandingan dikalangan atlet Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Katakunci : bola getah, bola pertandingan, prestasi menyangga, bola tampar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11850
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Jan 2011 07:58
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page