Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar

Mohd. Tahir, Lokman and Chua, Lay Kah (2011) Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
36kB

Abstract

Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti keperluan latihan berbentuk kursus untuk guru besar. Kajian ini dijalankan dengan kaedah kualitatif iaitu temu bual terhadap enam orang guru besar yang berbilang kaum, berbeza umur, jantina, tempoh berkhidmat dan pengalaman menjadi guru besar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jenisjenis kursus yang diperlukan oleh guru besar ialah kursus pengurusan kewangan sekolah, kursus Bahasa Inggeris, kursus pengurusan stres dan kursus pengurusan tatatertib. Di samping itu, guruguru besar menyatakan bahawa kursus-kursus tersebut amat perlu dan penting dalam meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan sikap serta memantapkan pentadbiran organisasi mereka. Hasil dapatan kajian ini telah memberi gambaran bahawa guru besar bersedia berkongsi ilmu dengan guru-guru dan staf supaya mereka lebih jelas dan faham tentang dasar pendidikan. Oleh itu, dicadangkan bahawa pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Institut Aminuddin Baki dapat menganjurkan kursus berbentuk penggabungjalinan teori dengan bengkel atau mempelbagaikan aktiviti dalam kursus supaya mereka lebih mudah mengingati dan mendapat gambaran secara praktikal yang lebih nyata.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Katakunci: keperluan latihan, kursus, guru besar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11849
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Jan 2011 07:52
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page