Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Mengenai Ikatan Kimia

Arshad, Mohammad Yusof and Othman, Hafilah (2011) Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Mengenai Ikatan Kimia. Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Mengenai Ikatan Kimia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
71kB

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kefahaman pelajar dalam menerangkan konsep asas kimia dalam tajuk Ikatan Kimia. Kajian turut mengenal pasti kerangka alternatif pelajar yang wujud. Seramai 100 orang pelajar tingkatan empat aliran sains dari empat buah sekolah menengah di daerah Marang, Terengganu terlibat sebagai sampel kajian. Soal daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B dijadikan sebagai instrumen kajian. Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden manakala bahagian B terdiri daripada 26 item yang menguji konsep ikatan kimia. Data-data kajian yang dikumpul dianalisis secara manual dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Tahap penguasaan pelajar ditentukan berdasarkan rujukan kriteria gred yang biasa digunakan iaitu Penilaian Kriteria Berasaskan Sekolah (PKBS). Secara keseluruhan, kefahaman pelajar mengenai konsep ikatan kimia adalah pada tahap yang sangat lemah. Beberapa implikasi kajian dan cadangan dibincang dan dibuat rumusan. Cadangan kajian lanjutan turut dikemukakan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Katakunci: kefahaman pelajar, ikatan Kimia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11848
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Jan 2011 07:46
Last Modified:20 Jan 2011 07:46

Repository Staff Only: item control page