Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor Ke Arah Peningkatan Modal Insan Minda Kelas Pertama Di Kalangan Guru-Guru Di Sebuah Sekolah Kebangsaan Di Daerah Johor Bahru

Daud, Khadijah and Abd. Hamid, Harith (2011) Faktor-faktor Ke Arah Peningkatan Modal Insan Minda Kelas Pertama Di Kalangan Guru-Guru Di Sebuah Sekolah Kebangsaan Di Daerah Johor Bahru. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
42kB

Abstract

Usaha menghasilkan modal insan minda kelas pertama di kalangan guru-guru adalah menjadi suatu kemestian pada hari ini. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor utama yang menyumbang ke arah penghasilan modal insan minda kelas pertama di kalangan guru-guru di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru, dalam aspek amalan pembelajaran sepanjang hayat, aspek kreativiti, aspek kepercayaan dan aspek kompetensi. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang terdiri daripada 82 item semuanya. Seramai 40 orang responden terlibat dalam kajian ini. Data kajian yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Stastistical Package for Social Sciences (SPSS) version 12 for Windows. Bagi mendapatkan jumlah kekerapan, peratus dan min. Kajian rintis telah dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian ini dan nilai yang diperolehi ialah 0.9168 pada skala Alpha Cronbach. Dapatan kajian menunjukkan ke empat-empat aspek berada pada tahap tinggi di dalam faktor-faktor yang menyumbang ke arah peningkatan modal insan minda kelas pertama di kalangan responden dan aspek kreativiti merupakan penyumbang pada tahap paling tinggi berbanding dengan yang lainnya. Justeru itu, pengkaji mencadangkan kajian lanjutan dilakukan dalam aspek-aspek yang lebih terperinci di masa hadapan. Katakunci: faktor, peningkatan modal insan, minda kelas pertama, guru

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor, peningkatan modal insan, minda kelas pertama, guru
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11847
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Jan 2011 07:37
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page