Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah Johor Bahru, Johor

Boon , Yusof and Ghazali, Azizah (2011) Gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah Johor Bahru, Johor. UNSPECIFIED . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
137kB

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau pendapat guru di tiga buah sekolah rendah daerah Johor Bahru terhadap gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja mereka. Selain itu, kajian turut memberi fokus kepada sama ada terdapat perbezaan pendapat guru terhadap gaya komunikasi guru besar mengikut latar belakang mereka, dan adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi guru besar dengan kepuasan bekerja mereka. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan melibatkan sebanyak 178 orang guru sebagai responden. Data kajian diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) for Windows versi 15.0. Dapatan kajian menunjukkan guru besar kerap mengamalkan enam dari tujuh gaya komunikasi, iaitu ekspresi positif, ekspresi negatif, arahan kerja, penglibatan, rasional kerja dan penerangan kerja. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan pendapat guru mengikut umur dan pengalaman mengajar terhadap gaya komunikasi guru besar. Sebaliknya, terdapat perbezaan pendapat guru terhadap gaya komunikasi guru besar mengikut jantina, etnik dan jenis sekolah. Selanjutnya, kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi guru besar dengan kepuasan bekerja guru, terutamanya gaya komunikasi ekspresi positif dan ekspresi negatif. Beberapa implikasi dan cadangan turut dikemukakan dalam kertas kerja ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:komunikasi, guru besar, kepuasan bekerja, guru
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11814
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Jan 2011 03:13
Last Modified:18 Jan 2011 03:13

Repository Staff Only: item control page