Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengetahuan, kemahiran dan sikap guru disiplin dalam menjalankan tugas di sekolah rendah daerah

Abd. Rahman , Mohd Anuar and Virdani, Md Sa’don (2011) Pengetahuan, kemahiran dan sikap guru disiplin dalam menjalankan tugas di sekolah rendah daerah. UNSPECIFIED . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
103kB

Abstract

Bidang pengurusan disiplin merupakan satu bidang yang mencabar pada masa kini. Disiplin boleh menjadi penentu kemajuan dan kejayaan di sesebuah sekolah. Oleh sebab itu kajian diskritif bertujuan untuk memberi fokus kepada tiga aspek utama iaitu mengenal pasti tahap pengetahuan , mengenal pasti tahap kemahiran dan mengenalpasti sikap guru disiplin terhadap diri sendiri, pentadbir, rakan sejawat dan ibubapa murid dalam memainkan peranan mereka sebagai pemimpin disiplin di sekolah. Bagi tujuan kajian ini melibatkan seramai 65 orang responden iaitu 13 orang Guru Penolong Kanan HEM ( GPK HEM ) dan 52 orang guru penolong dari 13 buah sekolah dalam Zon Kurikulum 4 Daerah Segamat. Kajian ini menggunakan soalselidik yang dibina berdasarkan kepada senarai tugas guru disiplin yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Satu set soal selidik dengan 70 item telah digunakan di dalam kajian ini. Perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 digunakan untuk menganalisis tugas sebagai guru disiplin berdasarkan min. Satu kajian rintis telah dilakukan kepada seramai 12 orang guru di Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1 Johor Bahru, (STAR 1) bagi mendapatkan kebolehpercayaan item. Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.959.. Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan dan kemahiran guru disiplin terhadap tugasnya adalah tinggi. Manakala sikap terhadap tugas, rakan dan masyarakat sangat positif. Beberapa cadangan untuk penambahbaikan dikemukan dalam kajian ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran, sikap guru disiplin, menjalankan tugas
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11811
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Jan 2011 03:09
Last Modified:18 Jan 2011 03:09

Repository Staff Only: item control page