Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengetahuan, kemahiran dan sikap setiausaha sukan di dalam mengurus sukan sekolah

Abd. Rahman , Mohd Anuar and Md Yunos, Md Yusof (2011) Pengetahuan, kemahiran dan sikap setiausaha sukan di dalam mengurus sukan sekolah. UNSPECIFIED . pp. 1-5. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
34kB

Abstract

Kajian diskriptif ini bertujuan melihat tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap setiausaha sukan sekolah terhadap tugasnya. Seramai 80 orang guru dari 16 buah sekolah kebangsaan di Zon Bandar Pontian telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina berdasarkan senarai tugas setiausaha sukan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan soal selidik, kajian rintis telah dijalankan ke atas 15 orang guru Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi Pontian. Hasil analisis menunjukkan nilai Alpha Cronbach kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.939. Dapatan dari kajian sebenar menunjukkan bahawa pengetahuan dan sikap setiausaha sukan terhadap tugasnya berada pada tahap yang tinggi manakala kemahiran berada pada tahap sederhana. Dapatan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara setiausaha sukan lelaki dengan setiausaha sukan wanita dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Akhir kajian ini beberapa cadangan telah dikemukakan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pengetahuan, kemahiran, sikap, setiusaha sukan, mengurus sukan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11810
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Jan 2011 03:07
Last Modified:18 Jan 2011 03:07

Repository Staff Only: item control page