Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer bagi tajuk Koordinat tingkatan dua berasaskan teknik peta minda

Ali , Fadzli and Ismail, Marsitah (2011) Pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer bagi tajuk Koordinat tingkatan dua berasaskan teknik peta minda. UNSPECIFIED . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
208Kb

Abstract

Penggunaan teknologi komputer dan multimedia dalam pendidikan pada masa kini telah menjadi satu keperluan dalam usaha memantapkan bidang pendidikan selaras dengan arus semasa di alaf yang mencabar ini. Melalui multimedia yang interaktif, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dengan penggunaan elemen–elemen multimedia di samping member penekanan kepada asas pedagogi. Justeru itu, konsep pembelajaran berbantukan komputer dipilih sebagai projek ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Perisian yang digunakan untuk membina aplikasi multimedia ini adalah Macromedia Authorware Versi 7.0 sebagai alat pengarang asas untuk menyediakan rangka aplikasi. Model yang di aplikasikan ke dalam perisian ini adalah Model ADDIE dan Teori Konstruktivisme telah digunakan. Perisian pembelajaran berbantukan komputer bagi tajuk Coordinates adalah berasaskan peta minda dibangunkan khas untuk membantu pelajar mempelajari dan menguasai dengan lebih mendalam mengenai bab Coordinates. Konsep pemetaan telah dicipta untuk membantu pelajar dan pendidik menerusi struktur dan pengetahuan untuk mencari pemahaman yang lebih. Suasana pembelajaran dengan interaktiviti elemen multimedia seperti teks, grafik, audio dan animasi yang melibatkan sensori manusia ini diharap dapat menarik perhatian pelajar dan memberi kesan yang positif dalam prestasi pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pembelajaran berbantukan computer, Koordinat, peta minda
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11809
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Jan 2011 03:06
Last Modified:18 Jan 2011 03:06

Repository Staff Only: item control page