Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi perisian Macromedia Flash MX (Penghasilan Montaj)

Mohd Zaid , Norasykin and Mohd Isa, Mohd Miza Shahril Shah (2011) Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi perisian Macromedia Flash MX (Penghasilan Montaj). UNSPECIFIED . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
290Kb

Abstract

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) merupakan antara kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar. Selain itu, Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) didapati lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional pada pendidikan alaf baru kini. Justeru itu, satu modul pembelajaran kendiri perisian Macromedia Flash MX dibangunkan sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini yang memerlukan lebih banyak modul pembelajaran kendiri. Tujuan utama pembinaan modul ini adalah untuk membantu pelajar yang mengambil kursus Teknologi Grafik, Animasi, Audio dan Video Digital (SPM 2303) di Fakulti Pendidikan, UTM. Mereka perlu mempelajari perisian Macromedia Flash MX bagi melaksanakan antara keperluan projek yang terdapat dalam subjek tersebut. Pembelajaran tentang penghasilan animasi yang ditekankan di dalam modul ini adalah merangkumi proses-proses dalam menghasilkan sesuatu montaj. Pembinaan modul ini menggunakan Model ADDIE. Selain itu, pengaplikasian strategi tutorial juga digunakan dalam modul ini melalui aktiviti yang disediakan pada penghujung setiap kemahiran yang telah selesai dipelajari. Di samping itu, teori pembelajaran sosial/pemerhatian juga digunakan di dalam modul ini untuk memberikan satu corak self pacing dengan cara lihat dan buat. Ini boleh didapati melalui set-set arahan yang disediakan pada setiap topik berserta contoh-contoh bergambar. Dengan penilaian secara formatif melalui penyelia projek dan pembaikan yang dibuat semasa peringkat pembinaan diharapkan dapat memberikan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Modul Pembelajaran Kendiri (MPK), Macromedia Flash MX, Penghasilan Montaj
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11808
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Jan 2011 03:04
Last Modified:18 Jan 2011 03:04

Repository Staff Only: item control page