Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan perisian pengajaran berasaskan model konstruktivisme Needham lima fasa bagi tajuk Keelektrikan dalam matapelajaran Sains sekolah rendah

Ibrahim , Mohd Ali and Abu Bakar, Mohamad Syazwan (2011) Pembangunan perisian pengajaran berasaskan model konstruktivisme Needham lima fasa bagi tajuk Keelektrikan dalam matapelajaran Sains sekolah rendah. UNSPECIFIED . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
231kB

Abstract

Tujuan projek ini ialah untuk membangunkan dan merekabentuk sebuah perisian pendidikan bagi matapelajaran sains sekolah rendah yang menggunakan strategi pembelajaran yang berasaskan model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang mengandungi fasa orientasi, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa aplikasi idea dan fasa refleksi. Selain itu, proses pembangunan perisian ini juga berpandukan kepada model rekabentuk sistem instruksi iaitu model ADDIE yang terdiri daripada fasa-fasa Analisis, Rekabentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian perisian Microsoft PowerPoint 2003 digunakan sebagai perisian utama selain daripada perisian tambahan yang turut membantu iaitu Adobe Photoshop 7.0. Topik yang dipilih untuk projek ini ialah Keelektrikan Dalam Matapelajaran Sains Sekolah Rendah. Penilaian formatif telah dilaksanakan di kalangan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan perisian manakala penilaian sumatif juga telah dilakukan di kalangan sepuluh orang guru sains yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang sains. Keputusan penilaian menunjukkan bahawa perisian tersebut memuaskan dari segi isi kandungan, aktiviti, rekabentuk dan penggunaannya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perisian pengajaran, model konstruktivisme Needham, lima fasa, Keelektrikan, Sains
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11806
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Jan 2011 03:00
Last Modified:18 Jan 2011 03:00

Repository Staff Only: item control page