Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan pengajaran guru pelatih UTM dalam pendidikan Sains

Nordin , Aziz and Abdul Latip, Md.Norakmal (2011) Amalan pengajaran guru pelatih UTM dalam pendidikan Sains. UNSPECIFIED . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
122kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau maklumat mengenai amalan pengajaran guru pelatih UTM dalam pendidikan sains dan juga untuk mengenalpasti penggunaan bahan bantu mengajar dan penggunaan makmal sains semasa latihan mengajar. Instrumen kajian ialah soal selidik yang merangkumi empat komponen iaitu kaedah pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, penggunaan makmal sains serta jenis-jenis bahan bantu mengajar yang digunakan. Sebanyak 75 orang responden telah dipilih secara rawak daripada populasi pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia). Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5 dengan nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah ? = 0.8908. Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa kaedah pengajaran, penggunaan dan jenis-jenis bahan bantu mengajar serta penggunaan makmal berada di tahap yang baik berdasarkan nilai skor min yang tinggi bagi setiap persoalan kajian. Berdasarkan hasil kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:amalan pengajaran guru pelatih UTM, pendidikan Sains
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11805
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Jan 2011 02:59
Last Modified:18 Jan 2011 02:59

Repository Staff Only: item control page