Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Satu kajian cabaran guru di sekolah pedalaman daerah Muar. Johor.

Arsat, Mahyuddin and Mohd. Yunus, Maizura (2011) Satu kajian cabaran guru di sekolah pedalaman daerah Muar. Johor. UNSPECIFIED . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
43kB

Abstract

Profesion perguruan merupakan bidang yang memerlukan guru bertugas di mana juga penempatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada di kawasan bandar, luar bandar ataupun di pedalaman. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman di sekolah-sekolah Daerah Muar, Johor. Kajian deskriptif telah digunakan untuk mengenal pasti empat pembolehubah iaitu faktor sikap individu, keselamatan, kemudahan asas pengajaran dan infrastruktur, dan sosiobudaya. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang telah diedarkan kepada para guru yang berlainan sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Ladang Air Manis, Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Sekolah Kebangsaan Parit No.5, Sekolah Kebangsaan Simpang 4, dan Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Darat. Nilai Alfa Cronbach daripada kajian rintis yang dijalankan ialah 0.89. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor keselamatan menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman di daerah tersebut. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk mengatasi cabaran guru di pedalaman seperti menyediakan rumah atau kuartes berhampiran sekolah dan menganjurkan program motivasi untuk melahirkan guru yang cemerlang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:cabaran guru, sekolah pedalaman
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11803
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Jan 2011 02:55
Last Modified:08 Oct 2017 01:59

Repository Staff Only: item control page