Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi guru-guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sekolah kebangsaan di daerah Kluang

Md. Johan , Othman and Dinyati, Lukman (2011) Persepsi guru-guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sekolah kebangsaan di daerah Kluang. UNSPECIFIED . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
135kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap minat, keyakinan, kemahiran menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, sokongan pentadbir dan masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam sekolah kebangsaan di daerah Kluang. Seramai 111 orang guru Pendidikan Islam telah terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 6 bahagian. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ialah ?=0.85. Maklumat yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian ”Statistical Package For Social Science” (SPSS) dan analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan tahap minat, keyakinan dan sokongan pentadbir terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru Pendidikan Islam adalah tinggi. Sementara itu, kemahiran menggunakan ICT dan masalah-masalah penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam adalah sederhana. Terdapat perbezaan minat, keyakinan dan kemahiran guru-guru berdasarkan jantina dan umur tetapi tidak ada perbezaan berdasarkan lokasi sekolah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi guru, penggunaan ICT, pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11802
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Jan 2011 02:54
Last Modified:18 Jan 2011 02:54

Repository Staff Only: item control page