Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian pencapaian matlamat penubuhan Teaching School di Institut Perguruan Kuala Terengganu

Hushin, Hassan and Mohamad, Mohamad Kabidi (2011) Kajian pencapaian matlamat penubuhan Teaching School di Institut Perguruan Kuala Terengganu. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
68kB

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meninjau pencapaian matlamat penubuhan Teaching School di Institut Perguruan Kuala Terenggganu. Tinjauan ini melibatkan guru-guru pelatih kumpulan KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah), guru-guru yang mengajar di Teaching School itu sendiri dan para pensyarah Institut Perguruan Kuala Terengganu. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sejauh manakah enam objektif utama yang telah digariskan oleh Bahagian Pendidikan Guru dalam penubuhan Teaching School ini telah dapat dicapai. Instrumen kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah soal selidik yang mana ianya disediakan dalam tiga set yang berbeza berasaskan kepada responden. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) For Window Version 11.5. Analisis dinyatakan dalam bentuk peratus dan juga min. Hasil kajian didapati tiga daripada enam objektif telah tercapai matlamatnya. Berdasarkan kajian ini beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memboleh matlamat penubuhan Teaching School tercapai sepenuhnya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pencapaian matlamat penubuhan, Teaching School, Institut Perguruan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11782
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Jan 2011 02:31
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page