Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik dari perspektif guru

Buntat , Yahya and Ahamad, Lailinanita (2011) Inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik dari perspektif guru. unspecified . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
59Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru teknikal dari perspektif guru. Kajian ini memfokuskan kepada empat aspek iaitu pengamalan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, jenis latihan yang telah diikuti oleh guru-guru teknikal, faktor-faktor yang menjadi halangan dan juga peluang-peluang atau galakan kepada guru-guru teknikal dalam melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Seramai 40 orang guru teknikal dari empat buah sekolah menengah teknik di negeri Johor telah dipilih sebagai responden kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru teknikal mengamalkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru-guru juga dibekalkan dengan beberapa latihan untuk membantu melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun demikian, masih terdapat segelintir guru yang menghadapi masalah tentang bagaimana hendak melaksanakannya. Bagaimanapun, guru-guru juga mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah dalam melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan berkesan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:inovasi pengajaran dan pembelajaran, guru teknikal, perspektif guru
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11780
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Jan 2011 02:29
Last Modified:17 Jan 2011 02:29

Repository Staff Only: item control page