Ashari, Hapriza (2005) Peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Organisasi : Suatu Perspektif Undang-Undang. Jurnal Kemanusiaan (5). pp. 52-64. ISSN 1675-1930
|
PDF
- Published Version
1MB |
Official URL: http://www.management.utm.my/download/jurnal-keman...
Abstract
Seksyen 30, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mewajibkan setiap majikan yang mempunyai lebih daripada empat puluh orang pekerja untuk menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ekerjaan (JKKP) di tempat kerja. JKKP merupakan badan pengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang menjadi medan perundingan dan arena kerjasama antara majikan dengan pekerja dalam menangani isu keselamatan dan kesihatan pekerja. Ia menjadi wadah untuk pekerja daripada pelbagai peringkat dan bahagian untuk bersama-sama memberikan komitmen di simping berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk mencegah, memantau serta mengawal kemalangan dan penyakit di tempat kerja. JKKP merupakan komponen penting dalam organisasi hingga penubuhannya diwajibkan secara legislatif oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Manakala komposisi, fungsi dan prosedur mesyuaratnya diperjelaskan dengan terperinci dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Management and Human Resource Development |
ID Code: | 1178 |
Deposited By: | Halimah Baki |
Deposited On: | 28 Feb 2007 08:36 |
Last Modified: | 08 Oct 2017 01:54 |
Repository Staff Only: item control page