Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT,dan SPP) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Mohamad Said , Mohd Nihra Haruzuan and Krishnan, Janarthini (2011) Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT,dan SPP) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
95kB

Abstract

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan e-pembelajaran. Seramai 79 responden dipilih daripada pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT, dan SPP) Fakulti Pendidikan, UTM untuk tujuan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 36 item soalan dan menggunakan skala Likert. Dalam kajian rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.889. Faktor pengajar dan faktor kandungan kursus berada pada tahap yang tinggi manakala faktor persekitaran pembelajaran, faktor peralatan pembelajaran dan proses pembelajaran berada pada tahap sederhana. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar menggunakan e-pembelajaran disebabkan oleh kandungan kursus yang disediakan adalah sesuai, bersistematik dan juga membantu pelajar dalam kerja mereka (tugasan, kuiz, ujian dan lain-lain).

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor, E-Pembelajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11779
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Jan 2011 02:26
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page