Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kesediaan bakal guru tahun akhir perdana UTM (Kemahiran Hidup) dalam menceburi profesion perguruan

Mohd. Tahir, Lokman and Mat Johari, Ida Juliana (2011) Tahap kesediaan bakal guru tahun akhir perdana UTM (Kemahiran Hidup) dalam menceburi profesion perguruan. UNSPECIFIED . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
59kB

Abstract

Kajian deskriptif ini dijalankan untuk adalah untuk mengenalpasti tahap persediaan bakal guru tahun akhir perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kemahiran Hidup dalam menceburi profesion perguruan. Aspek-aspek yang dilihat dalam kajian ini adalah tahap persediaan bakal guru terhadap penguasaan ilmu pedagogi, kemahiran penggunaan teknologi terkini, keyakinan diri dan kemahiran kaunseling. Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) dipilih untuk tujuan ini. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Awam (SPA) untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai yang didapati adalah 0.972. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap persediaan bakal guru tahun akhir UTM (Kemahiran Hidup) terhadap keyakinan diri sebagai pendidik adalah tinggi berbanding tahap penguasaan ilmu pedagogi, kemahiran penggunaan teknologi terkini, dan kemahiran kaunseling . Secara keseluruhannya bakal-bakal guru SPH ini mempunyai tahap persediaan yang tinggi dalam menceburi profesion perguruan ini. Walaupun begitu, semua pihak termasuklah pihak pengurusan dan bakal guru itu sendiri perlu mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan lagi persediaan bakal guru dalam menceburi profesion perguruan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bakal guru, kemahiran hidup, profesion perguruan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11760
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jan 2011 04:30
Last Modified:05 Jan 2014 07:55

Repository Staff Only: item control page