Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kecergasan atlit sepak takraw berdasarkan VO2 max

Mohd Noor , Mohad Anizu and Ibrahim, Ismail (2011) Tahap kecergasan atlit sepak takraw berdasarkan VO2 max. UNSPECIFED . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
55Kb

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap daya tahan kardiovaskular dan tahap penggunaan VO2 max pemain bola sepak takraw atlit SUKMA Johor iaitu setelah menjalani program latihan selama 8 minggu. Sampel yang telah di gunakan dalam kajian ini terdiri daripada atlit-atlit yang mewakili SUKMA yang berumur antara 17 hingga 21 tahun. Jumlah sampel yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 10 orang dan semuanya adalah lelaki. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk eksperimental di mana subjek atau sampel yang di pilih akan menjalani ujian lari ulang alik progresif ‘bleep test’ iaitu sebanyak 2 sesi. Sesi yang pertama adalah disebut sebagai sesi ujian pre iaitu sebelum menjalani latihan dan sesi yang kedua ialah sesi ujian post iaitu selepas menjalani latihan selama 8 minggu. Kedua-dua data mentah ujian ini akan di ambil, dianalisis dan dibuat perbandingan bagi menentukan tahap penggunaan VO2 max dan daya tahan kardiovaskular pemain. Bagi mendapatkan skor purata dan sisihan piawai, data dianalisis menggunakan perisian SPSS. Keputusan telah menunjukan bahawa terdapat peningkatan terhadap tahap daya tahan kardiovaskular pemain iaitu setelah menjalani program latihan selama 8 minggu dimana terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pre (M = 1.49, SD =4.70) dengan ujian post (M = 1.33, SD = 4.22). Ujian nilai t = -14.08, P = 0.00 adalah lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu P < 0.05. Oleh yang demikian hipotesis nol adalah ditolak.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kecergasan, atlit sepak takraw. VO2 max
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11759
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jan 2011 04:27
Last Modified:13 Jan 2011 04:27

Repository Staff Only: item control page