Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penguasaan Bahasa Inggeris dan hubungannya dengan pencapaian dalam Matematik (satu tinjauan ke atas pelajar tahun dua Fakulti Pendidikan)

Md. Noor, Norah and Hii, Ching Fen (2011) Penguasaan Bahasa Inggeris dan hubungannya dengan pencapaian dalam Matematik (satu tinjauan ke atas pelajar tahun dua Fakulti Pendidikan). UNSPECIFIED . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
52Kb

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan di antara tahap penguasaan bahasa Inggeris dengan pencapaian Matematik di kalangan pelajar tahun dua fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Kajian ini memfokuskan kepada empat aspek utama iaitu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan. Seramai 176 orang (N=176) pelajar tahun dua dari kursus SPT, SPM1, SPM2, SPK, SPP, SPC, SPF dan SPN dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data kajian dan dianalisis dengan bantuan Statistical Package For Social Sciences versi 12.0 (SPSS 12.0). Item-item soal selidik yang dibina telah disemak oleh dua orang pensyarah yang pakar di fakulti pendidikan berdasarkan prinsip kesahan gagasan. Kajian rintis turut dilakukan bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan item dan dapatan nilai yang diperohi ialah 0.956. Statistik deskritif dan kolerasi digunakan untuk menganalisis data. Hasil analisis deskritif mendapati tahap penguasaan bahasa Inggeris responden bagi keempat-empat aspek utama iaitu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan masing-masing berada pada tahap sederhana. Berpandukan kepada analisis kolerasi Pearson, ternyata tahap penguasaan pelajar tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian Matematik. Dengan adanya kajian ini, mudah-mudahan ianya dapat memberikan faedah kepada pelajar, guru, pensyarah, pihak sekolah dan pihak universiti dalam usaha memperbaiki taraf pendidikan khususnya dalam mata pelajaran Matematik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Bahasa Inggeris, Matematik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11757
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jan 2011 04:17
Last Modified:05 Jan 2014 07:56

Repository Staff Only: item control page