Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan program latihan pliometrik dalam meningkatkan ketinggian lompatan vertikel pemain badminton

Harun , Hafizah and Mat Noor, Mohd Hafizullah Amin (2011) Keberkesanan program latihan pliometrik dalam meningkatkan ketinggian lompatan vertikel pemain badminton. UNSPECFIED . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
114kB

Abstract

Tujuan kajian yang di jalankan adalah untuk melihat keberkesanan latihan pliometrik dalam meningkatkan kuasa kaki pemain terhadap ketinggian lompatan secara menegak. Subjek adalah seramai 15 orang, pemain badminton lelaki peringkat negeri Johor, pemain amatur MPJBT dan pelajar Sains Sukan UTM dibahagikan kepada tiga kumpulan: kumpulan latihan rutin (BJ-Box Jump), kajian (BJSJ-Box Jump Spike Jump) dan tanpa latihan (K-kawalan). Ujian pra dan ujian pos lompatan menegak (sergeant jump) dijadikan pengukur bagi melihat peningkatan lompatan selepas empat minggu program latihan. Dapatan keputusan ujian t-test menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi kumpulan BJSJ dengan perubahan peratusan 17.08% pada aras signifikan yang ditetapkan p ? 0.05. Daripada keputusan yang diperolehi, latihan pliometrik kumpulan BJSJ adalah efektif dalam meningkatkan ketinggian lompatan smesy pemain badminton.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:program latihan Pliometrik, ketinggian kompatan vertikel, pemain badminton
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11754
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jan 2011 03:43
Last Modified:13 Jan 2011 03:43

Repository Staff Only: item control page