Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Hassan , Johari and Abdul Rahman, Fazliana Rashida (2011) Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
126kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauhmana penggunaan ICT membantu para pendidik Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mengenalpasti kemudahan ICT yang digunakan dan kekangan yang dihadapi oleh mereka. Seramai 70 orang pendidik daripada Fakulti Pendidikan yang terdiri daripada pelbagai jawatan telah dipilih menjadi responden kajian ini. Borang soal-selidik telah digunakan sebagai instrument kajian. Data bagi kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 11.0 for WINDOWS. Statistik deskriptif, min dan korelasi Pearson telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kemudahan ICT yang digunakan oleh para pendidik adalah tinggi tetapi kekerapan pendidik menggunakan kemudahan serta peralatan ICT yang telah disediakan dalam proses P&P adalah sederhana manakala sambungan internet mengalami gangguan merupakan kekangan utama terhadap keperluan serta penggunaan ICT dalam proses P&P. Diharapkan kajian ini dapat membantu pihakpihak tertentu untuk mengatur strategi latihan-latihan atau kursus tertentu yang diperlukan oleh para pendidik, seterusnya meningkatkan profesionalisme dan integriti pendidik Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:ICT, Pengajaran dan Pembelajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11749
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jan 2011 01:57
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page