Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penambahbaikan laman web pendidikan untuk pelajar universiti di bawah tajuk “Introduction To Javascript”

Md. Noor, Norah and Pakah, Hafizah (2011) Penambahbaikan laman web pendidikan untuk pelajar universiti di bawah tajuk “Introduction To Javascript”. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
56kB

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat penambahbaikan terhadap laman web pendidikan yang bertajuk Introduction to Javascript yang mana telah dibina oleh saudara Wong Kiong Seng sesi 2005/2006. Seramai 50 orang pelajar 4SPT, 4SPK, 4SPP, 4SPN, 4SPL, 4SPS dan 4SPI yang telah mengikuti Subjek Bahasa Pengaturcaraan 2 (SPM 3112) dan Bahasa Pengaturcaraan 3 (SPM 3122) telah dipilih sebagai responden. Instrumen kajian ialah borang soalselidik yang merangkumi isi kandungan, antaramuka, interaktif serta maklumat tambahan telah digunakan dan dianalisa menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for the Social Science). Berdasarkan kepada dapatan daripada kaji selidik tersebut, beberapa kelemahan telah dikenalpasti meliputi interaktiviti, grafik dan rekabentuk laman web tersebut. Model rekabentuk yang digunakan untuk penambahbaikan laman web ini adalah Model Hannafin & Peck. Perisian Utama yang digunakan adalah Macromedia Dreamweaver MX 2004. Perisian lain yang turut digunakan adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash MX 2004, Macromedia Authorware 7 bagi menggabungkan semua elemen multimedia ke dalam laman web ini. Gabungan diantara kebanyakkan elemen multimedia ini menambahkan lagi interaktiviti laman web ini seterusnya dapat menarik minat pengguna untuk kembali melayarinya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:laman web pendidikan, pelajar universiti, Introduction To Javascript
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11748
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jan 2011 01:52
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page