Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan modul Program Pembangunan Kerjaya Pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Hushin , Hassan and Sofian, Mohd Earmee (2011) Pembinaan modul Program Pembangunan Kerjaya Pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. unspecified . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
43Kb

Abstract

Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan Kerjaya Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk panduan Jawatankuasa First Year Experience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkan pada cadangan daripada dua kajian yang telah dijalankan bertajuk “Tinjauan Mengenai Kategori Masalah Dengan Demografi Di Kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Berasaskan Mooney Problem Check List (MPCL)” oleh Noriasah Binti Othman Teng (2006) dan kajian bertajuk “Pilihan dan Bentuk Aktiviti Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia: Satu Tinjauan” oleh Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007). Modul ini dibina mengikut Model Drum (1981) yang memberi penekanan kepada tiga langkah untuk menghasilkan modul yang baik dan berkesan. Diharap modul ini akan dapat membantu pihak Jawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan UTM menjalankan program dengan lebih lancar supaya pelajar akan dapat mengenali dan memahami profesion perguruan dengan lebih dekat serta dapat menambahkan lagi minat untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:modul Program Pembangunan Kerjaya Pelajar Tahun Satu
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11746
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jan 2011 01:44
Last Modified:13 Jan 2011 01:44

Repository Staff Only: item control page