Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan laman web berasaskan pembelajaran autentik bagi topik pemformatan laman web, tag HTML dan penggunaan jadual

Atan , Noor Azean and Goh , Sze Wei (2011) Pembangunan laman web berasaskan pembelajaran autentik bagi topik pemformatan laman web, tag HTML dan penggunaan jadual. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
176kB

Abstract

Dalam dunia pendidikan, penggunaan Internet adalah merupakan medium penyampai sumber maklumat bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkesan. Kini, terdapat banyak laman web yang dibangunkan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, pengkaji mengambil inisiatif untuk membangunkan laman web bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan Berasaskan Web untuk tajuk Pemformatan Laman Web, Tag HTML dan Penggunaan Jadual dalam Laman Web. Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai bahasa penghantar dalam laman web ini. Laman web ini dibangunkan berdasarkan model ADDIE dan menggunakan kaedah tutorial. Pendekatan pembelajaran autentik juga digunakan di mana ia menyediakan konteks sebenar seperti mana pengguna belajar Microsoft Office Front Page 2003. Laman web ini dibangunkan berdasarkan gabungan empat elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan video. Gabungan keempat-empat elemen ini telah menjadikan laman web ini lebih interaktif dan proses pengajaran dan pembelajaran pula menjadi lebih efektif. Diharap laman web ini dapat membantu dari segi mempertingkat lagi mutu P&P sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:laman web, pembelajaran autentik, tag HTML, penggunaan jadual
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11745
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jan 2011 01:40
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page