Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian mengenai tahap prestasi kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor bagi atlet badminton SUKMA Johor 2008

Ismail, Muhamad Hafiz and Alias, Muhamad Firdaus (2011) Kajian mengenai tahap prestasi kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor bagi atlet badminton SUKMA Johor 2008. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
59kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat prestasi Kecergasan Berlandaskan Kemahiran Motor bagi atlit sukan badminton SUKMA Johor 2008. Penyelidikan ini dijalankan keatas 4 orang pemain badminton sebagai sampel kajian. Empat jenis ujian digunakan dalam kajian ini iaitu 40m Sprint Test (komponen kepantasan), Blind Stork Test (komponen keseimbangan), Ujian Hexagon Test (komponen ketangkasan) dan Reaction Test (komponen masa reaksi). Kajian ini adalah berbentuk eksperimental di mana data diperolehi hasil daripada ujian pre dan ujian post. Datadata yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan penilaian Statistical Packages For Social Science ( SPSS 11.0 ). Ujian – t sampel berpasangan digunakan untuk mengukur sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pre dengan ujian post bagi komponen Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran Motor. Aras signifikan yang ditetapkan bagi kajian adalah p < 0.05. Dapatan kajian menunjukkan 2 ujian mendapati tiada perbezaan yang signifikan iaitu Hexagon Test p= 0.266 dan 40m Sprint Test p= 0.391 dimana ianya lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Oleh yang demikian Hipotesis Nol (Ho) adalah diterima. Manakala bagi Reaction Test dan Blind Stork Test mendapati perbezaan yang signifikan iaitu Reaction Test p= 0.004 dan Blind Stork Test p=0.030 dimana ianya lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Oleh yang demikian Hipotesis Nol (Ho) adalah ditolak.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap prestasi kecergasan fizikal. Kemahiran motor, atlet badminton, SUKMA Johor
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11743
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jan 2011 01:35
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page