Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan perisian kursus yang dibekalkan kementerian pelajaran malaysia oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di sekolah-sekolah rendah zon Benut, Pontian

Sidin , Zaitun and Endut, Doriyah (2011) Penggunaan perisian kursus yang dibekalkan kementerian pelajaran malaysia oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di sekolah-sekolah rendah zon Benut, Pontian. unspecified . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
116Kb

Abstract

Kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan perisian-perisian kursus yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai bahan bantu mengajar kepada guru-guru yang mengajar subjek Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan lainlain subjek di dalam bilik darjah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik 37 item mengandungi lima bahagian. Bahagian A mengenai latar belakang responden dari segi kelayakan ikhtisas, subjek yang diajar dan kursus yang pernah dihadiri. Bahagian B mengenai persepsi guru mengenai kemahiran menggunakan komputer, Bahagian C mengenai persepsi guru mengenai kemahiran mereka menggunakan perisian-perisian kursus, Bahagian D mengenai kekerapan guru menggunakan perisian-perisian kursus dan Bahagian E mengenai persepsi guru terhadap kesesuaian perisian-perisian kursus yang dibekalkan. Responden kajian ini adalah seramai 161 orang guru dari sekolah rendah kebangsaan dalam Zon Benut, Pontian. Reliability coefficient instrumen yang digunakan ialah 0.9492 melalui kajian rintis yang telah dilakukan. Data dianalisis dalam bentuk kekerapan, peratus dan min menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5 for Windows. Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru terhadap perisian-perisian kursus adalah tinggi berbanding dengan kekerapan guru menggunakan perisian-perisian kursus dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa cadangan tindakan dikemukakan supaya bengkel-bengkel dan perkembangan staf berkaitan penggunaan perisisan-perisian kursus dipertingkatkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perisian kursus, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pengajaran dan Pembelajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11736
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jan 2011 01:15
Last Modified:13 Jan 2011 01:15

Repository Staff Only: item control page