Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pencapaian akademik di sekolah jenis kebangsaan (Tamil) yang berstatus sekolah kurang murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor.

Abu Bakar , Zainudin and S.Haridas, Dineshkumar (2011) Pencapaian akademik di sekolah jenis kebangsaan (Tamil) yang berstatus sekolah kurang murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor. unpublished . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
73kB

Abstract

Kebanyakan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Malaysia, dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Majoriti SKM terletak di luar bandar seperti ladang-ladang dan pekan kecil. Pencapaian akademik murid di SKM adalah lemah jika dibandingkan dengan sekolah harian biasa. Pekara ini harus dikaji bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid di SKM. Secara amnya kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian ini mengambil Guru Besar- Guru Besar di tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian yang dijalankan berbentuk kualitatif dan menggunakan temu bual sebagai instrument kajian. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian akademik murid. Di samping itu, kemudahan infrastruktur, bahan pengajaran dan pembelajaran dan kualiti guru yang mempengaruhi pencapaian akademik perlu dipertingkatkan. Oleh yang demikian cadangan diberikan bagi mengatasi permasalahan ini. Cadangan tersebut diberikan kepada setiap pihak yang berkaitan dengan kajian ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pencapaian akademik, sekolah kurang murid
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11735
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jan 2011 01:12
Last Modified:13 Jan 2011 01:12

Repository Staff Only: item control page