Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara peruntukan masa, jenis dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah (homework) Bahasa Cina dengan pencapaian di sekolah rendah

Yeo , Kee Jiar and Chan , Siew Khim (2011) Hubungan antara peruntukan masa, jenis dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah (homework) Bahasa Cina dengan pencapaian di sekolah rendah. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
46kB

Abstract

Kerja rumah memenuhi sebahagian besar kehidupan harian pelajar-pelajar sekolah di Malaysia. Kerja rumah telah menjadi suatu amalan biasa sebab dipercayai kerja rumah menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian Bahasa Cina dalam kalangan pelajar sekolah rendah Jenis kebangsaan. Tiga pemboleh ubah tidak bersandar dikaji adalah masa yang diperuntukan bagi menyiapkan kerja rumah, jenis kerja rumah dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah. Seramai 100 orang pelajar tahun lima dari dua buah Sekolah Kebangsaan Cina di Mersing telah dijadikan sebagai sampel kajian. Data kajian diperoleh melalui soal selidik. Semua data diproses dengan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Analisis deskriptif (frekuensi dan peratus)dan inferensi (Pearson dan Spearman Correlation Coefficient) digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa, jenis kerja rumah persediaan dan peluasan pengetahuan serta cara pengelolaan guru semasa pemberian kerja rumah dengan pencapaian Bahasa Cina. Namun begitu, kajian mendapati bahawa terdapat juga hubungan yang signifikan antara jenis kerja rumah latihan dan cara pengelolaan guru (selepas kerja rumah disempurnakan) dengan pencapaian Bahasa Cina. Secara umum, keberkesanan kerja rumah dengan prestasi pencapaian pelajar di sekolah rendah adalah kecil. Kajian ini juga mencadangkan supaya jenis kerja rumah yang diberi oleh guru hendaklah dalam bentuk latihan peneguhan dan pelajar diberi komen serta maklum balas terhadap prestasi mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:peruntukan masa, jenis, cara pengelolaan guru, kerja rumah, bahasa Cina
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11733
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jan 2011 01:06
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page