Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan kepimpinan guru besar sekolah harapan negara 2007 SK Parit Setongkat, Muar, Johor.

Hushin , Hassan and Ismail, Che Husin (2011) Amalan kepimpinan guru besar sekolah harapan negara 2007 SK Parit Setongkat, Muar, Johor. unspecified . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
33Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat gaya kepimpinan Guru Besar di SK Parit Setongkat, Muar, Johor. Tinjauan dibuat untuk mengetahui secara lebih mendalam tetang kepimpinan di sekolah tersebut berdasarkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dalam pelbagai bidang sehingga telah berjaya dianugerahkan sebagai Sekolah Harapan Negara 2007. Kajian ini adalah berbentuk kajian kes (kualitatif dan kuantitatif) iaitu dengan melihat secara intensif amalan-amalan kepipimpinan Guru Besar sekolah ini bagi mendapatkan penjelasan dan maklumat berkaitan dengan kejayaannya. Tinjauan adalah berfokus kepada Guru Besar itu sendiri dengan melihat aspek kriteria kepimpinan yang diamalkan, cara bekerja, visi dan misi yang didukung dan juga meninjau hubungan Guru Besar dengan subordinat dan masyarakat. Elemen-elemen ini dapat membantu menjelaskan lagi tentang gaya kepimpinan Guru Besar dalam memajukan institusi yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Hasil daripada pemerhatian, pemerhatian turut serta, temubual dan pergaulan dengan Guru Besar, telah dapat memberikan gambaran, penjelasan dan jawapan yang berkaitan dengan gaya kepimpinan beliau. Beliau mampu membuat perubahan, pembaharuan dan memajukan sekolahnya sesuai dengan visi dan misi sekolah. Seterusnya, dalam melaksanakan tugasnya, Guru Besar sentiasa menjaga dan menjalin hubungan baik dan harmoni dengan guru-guru, murid, kakitangan sekolah dan masyarakat sekitar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:amalan kepimpinan, guru besar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11730
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jan 2011 00:58
Last Modified:13 Jan 2011 00:58

Repository Staff Only: item control page