Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pemilihan Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang

Minghat, Asnul Dahar and Mansor, Noor Zalilah (2011) Pemilihan Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Pemilihan Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang . pp. 1-14. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
231kB

Abstract

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik sebagai pembentukan awal kerjaya berdasarkan empat faktor iaitu minat, pengaruh luar, bimbingan dan kaunseling kerjaya dan situasi pekerjaan sebagai seorang jurutera. Sampel kajian terdiri daripada 127 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik di Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai indeks kebolehpercayaan item soal selidik ini adalah ? = 0.711. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS) Versi 11.5 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor situasi pekerjaan dengan nilai min tertinggi iaitu 3.92 paling mempengaruhi dalam pemilihan kerjaya dalam bidang elektrik dan elektronik, manakala tiga faktor lain yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam bidang elektrik dan elektronik dengan nilai min bagi faktor minat ialah 3.48, faktor pengaruh luar dengan nilai min 3.06 dan faktor bimbingan dan kaunseling kerjaya dengan nilai min 3.01 mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Beberapa cadangan dikemukakan bagi melaksanakan kajian lanjutan dilakukan. Katakunci: pemilihan kerjaya, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: pemilihan kerjaya, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11703
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Jan 2011 15:02
Last Modified:11 Jan 2011 15:02

Repository Staff Only: item control page