Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah Di Sebuah Sekolah Menengah Swasta Di Daerah Johor Bahru

Sulaiman, Hanim and Harman @ Halmi, Siti Maisarah (2011) Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah Di Sebuah Sekolah Menengah Swasta Di Daerah Johor Bahru. Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah Di Sebuah Sekolah Menengah Swasta Di Daerah Johor Bahru . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
137Kb

Abstract

Kajian berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk meninjau sikap guru terhadap faktor program sekolah, faktor proses sekolah dan faktor bahan sekolah dalam penentu iklim sekolah di sebuah sekolah menengah swasta di daerah Johor Bahru. Kajian ini melibatkan 44 orang responden yang terdiri daripada guru-guru di sekolah tersebut. Reka bentuk kajian yang digunakan untuk mencapai objektif kajian adalah berbentuk deskriptif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik skala Likert yang terdiri daripada 30 item soalan. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.81. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS V13.0) for Windows. Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah adalah tinggi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan guru-guru mempunyai sikap yang baik terhadap ketiga-tiga faktor penentu iklim sekolah iaitu program, proses dan bahan. Secara kesimpulannya, faktor penentu iklim sekolah di sekolah menengah swasta ini adalah dalam keadaan baik dan harus dikekalkan. Katakunci: sikap guru, faktor program sekolah, faktor proses sekolah, faktor bahan sekolah, penentu iklim sekolah

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:sikap guru, faktor program sekolah, faktor proses sekolah, faktor bahan sekolah, penentu iklim sekolah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11701
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Jan 2011 14:57
Last Modified:11 Jan 2011 14:57

Repository Staff Only: item control page