Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian Berkaitan Pengaplikasian Teori Pembelajaran Dalam Pembangunan Bahan Pembelajaran Digital Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan

Harun, Jamalludin and Jamri, Nur Khairul Safrah (2010) Kajian Berkaitan Pengaplikasian Teori Pembelajaran Dalam Pembangunan Bahan Pembelajaran Digital Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
77kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pengaplikasian teori pembelajaran dalam pembangunan bahan pembelajaran digital di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Responden kajian adalah terdiri daripada 69 orang bakal guru daripada kursus 4SPP, 4SPK dan 4SPT Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 57 orang perempuan. Instrumen kajian terdiri daripada 1 set borang soal selidik yang mengandungi 39 item terdiri daripada 5 bahagian. Maklum balas yang diterima diukur menggunakan skala 5 mata dan seterusnya dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciene (SPSS) versi 11.5. Hasil analisis dipersembahkan dalam bentuk peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach kajian ini adalah 0.94. Kajian mendapati bahawa skor min bagi tahap pengetahuan bakal guru terhadap ciri-ciri teori pembelajaran ialah 4.14 dan boleh dianggap tinggi. Hasil kajian juga mendapati min skor bagi tahap kemahiran bakal guru terhadap pengaplikasian teori pembelajaran dalam pembangunan bahan P&P digital ialah 4.10 yang juga boleh dianggap tinggi. Kajian juga mendapati, responden mempunyai pandangan yang positif terhadap keberkesanan P&P dengan sokongan bahan P&P digital (min=4.18). Selain itu, terdapatnya hubungan yang signifikan di antara pandangan responden itu tadi dengan kemahiran mereka dalam mengaplikasikan teori P&P dalam pembangunan bahan P&P digital (r=0.56, p=0.000) pada aras signifikan ?=0.01. Akhirnya, analisis data menerusi kaedah penetapan tema bagi soalan terbuka mendapati majoriti bakal guru menghadapi masalah atau kebimbangan dari aspek kefahaman bagaimana untuk mengaplikasi teori ke dalam pembangunan bahan P&P digital. Secara kesimpulannya, beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan untuk meningkatkan tahap pengaplikasian teori pembelajaran dalam pembangunan bahan pembelajaran digital di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan. Katakunci: teori pembelajaran, pembangunan bahan pembelajaran

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:teori pembelajaran, pembangunan bahan pembelajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11678
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Dec 2010 04:29
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page