Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Tingkah Laku Kesediaan Pensyarah Dengan Tahap Motivasi Pelajar

Abdul Latif, Adibah and Mohd Taib, Fatimah Harlina (2010) Hubungan Tingkah Laku Kesediaan Pensyarah Dengan Tahap Motivasi Pelajar. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
336kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan atau bukan lisan dan tahap motivasi pelajar. Kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap motivasi pelajar merentas jantina. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Satu set soal selidik yang mengandungi 50 item soalan dibina dan diambil daripada kajian yang terdahulu, telah digunakan untuk mengukur perhubungan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk tinjauan yang melibatkan 81 orang pelajar tahun dua dan tahun tiga bagi kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Jentera (SPA, SPE dan SPJ), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi instrumen kajian ini adalah 0.94. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows version 16.0. Pengujian bagi hipotesis kajian telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pengujian korelasi Pearson dan pengujian-t. Keputusan kajian mendapati terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara bukan lisan dan tahap motivasi pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan dan tahap motivasi pelajar. Seterusnya, dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap motivasi yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Katakunci: tingkah laku kesediaan pensyarah, tahap motivasi pelajar

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tingkah laku kesediaan pensyarah, tahap motivasi pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11675
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Dec 2010 04:23
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page