Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Iklim Dua Buah Sekolah Di Daerah Batu Pahat, Johor: Satu Tinjauan

Yasin, M. Al-Muz-Zammil and Zainal Abidin, Shahrulrizan (2010) Tahap Iklim Dua Buah Sekolah Di Daerah Batu Pahat, Johor: Satu Tinjauan. Tahap Iklim Dua Buah Sekolah Di Daerah Batu Pahat, Johor: Satu Tinjauan . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
50Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap iklim sekolah di dua buah sekolah di Batu Pahat Johor. Empat aspek iklim telah ditinjau iaitu (1) hubungan sosial, (2) pengurusan sekolah, (3) pengajaran dan pembelajaran, dan (4) suasana sekolah. Seramai 103 orang guru dilibatkan dalam kajian ini bagi menjawab set soal selidik yang mengandungi 40 item yang mewakili dimensi (subscales) yang dikaji. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (Version 14.0) bagi mendapatkan nilai frekuensi, peratusan dan min bagi kajian. Dapatan menunjukkan bahawa semua dimensi yang dikaji berada pada tahap tinggi dengan nilai min bagi dimensi hubungan sosial, pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran, dan suasana sekolah dengan masing-masing mendapat nilai min 3.931, 4.015, 3.950, dan 3.713. Beberapa cadangan kajian lanjutan diberikan bagi tujuan penambahbaikan kajian. Katakunci :tahap iklim

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap iklim
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11672
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Dec 2010 04:12
Last Modified:27 Dec 2010 04:12

Repository Staff Only: item control page