Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Staf Sokongan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Amalan Sarapan Pagi

Mohd. Said, Mohd. Rizal and Visfalingam, Shamlah (2010) Persepsi Staf Sokongan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Amalan Sarapan Pagi. Persepsi Staf Sokongan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Amalan Sarapan Pagi. . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
53kB

Abstract

Kajian yang telah dijalankan merupakan satu tinjauan untuk mengetahui persepsi staf sokongan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 49 orang staf sokongan dipilih dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia untuk tujuan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 36 item soalan dan menggunakan skala Likert. Dalam kajian rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.859. Data telah dianalisis secara statistik diskriptif dengan menggunakan program Statistical Package For Social Sciences (SPSS) 13.0 For Windows. Kajian mendapati, staf sokongan Fakulti Pendidikan mengamalkan pengambilan sarapan pagi dan responden turut mempunyai pengetahuan mengenai kepentingan pengambilan sarapan pagi. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa ramai staf sokongan sedar akan kesan amalan pengambilan sarapan pagi kepada aspek kesihatan dan tugas yang dilakukan. Kajian ini mencadangkan agar usaha-usaha dilakukan untuk mempertingkatkan amalan pengambilan sarapan pagi agar amalan ini berterusan dan seterusnya dapat melahirkan satu budaya yang mempunyai gaya hidup yang sihat.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi staf sokongan, amalan sarapan pagi
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11670
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Dec 2010 04:05
Last Modified:01 Mar 2017 01:08

Repository Staff Only: item control page