Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Makmal Komputer Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran : Satu Tinjauan

Boon, Yusof and Ngatimin, Sani (2010) Penggunaan Makmal Komputer Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran : Satu Tinjauan. Penggunaan Makmal Komputer Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran : Satu Tinjauan . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
62Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan makmal komputer sekolah dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sikap guru, perisian komputer yang dikuasai dan masalah penggunaan makmal komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 60 orang guru yang mengajar di sekolah kebangsaan dalam Zon Jementah. Data prima dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package of the Sosial Sciences”(SPSS) untuk mendapatkan statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap guru dalam penggunaan makmal komputer sekolah adalah pada tahap sederhana, guru-guru juga mempunyai kemahiran menggunakan perisian komputer yang paling asas iaitu Microsoft Words dan masalah utama penggunaan makmal komputer ialah computer yang rosak lambat diperbaiki. Dapatan ini penting kepada pihak pentadbiran sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membuat perancangan strategik aspek pembangunan sumber manusia khususnya latihan dan aspek pembangunan prasarana sekolah termasuk kemudahan makmal komputer. Katakunci :makmal komputer, guru

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:makmal komputer, guru
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11668
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Dec 2010 03:40
Last Modified:27 Dec 2010 03:40

Repository Staff Only: item control page